fbpx
Azalina ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan kementerian dan Majlis Kibaran Jalur Gemilang di Kompleks Sukan Air, Presint 6, di sini hari ini.

Warga sekolah dididik fahami undang-undang jenayah buli, seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Warga sekolah termasuk pihak pentadbir dan guru perlu didedahkan dengan kefahaman yang betul mengenai undang-undang terutama berkaitan jenayah buli dan seksual.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pihaknya dan Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama dalam masa terdekat bagi memberi kefahaman kepada warga sekolah mengenai kefahaman undang-undang itu.

Beliau berkata, menerusi kerjasama itu nanti, pihaknya akan menjelajah ke setiap pejabat pendidikan negeri bagi menganjurkan program bersama pengetua, guru kaunseling dan warga sekolah.

“Saya telah bertemu dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam dan kita akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi tujuan itu.

“Apa gunanya undang-undang tu hebat kalau rakyat tak tahu undang-undang itu ada untuk melindungi mereka,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan dan Majlis Kibaran Jalur Gemilang di sini hari ini.

Katanya, beliau akui masih ramai tidak mengetahui dan memahami hak masing-masing daripada aspek undang-undang dan jika berlaku sesuatu kes di sekolah sebagai contoh, guru-guru pun ada hak mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI