fbpx
Tangkap layar penyewa homestay geng RXZ Members 7.0 bergotong-royong membersihkan laman sebelum check out.

[VIDEO] ‘Macam balik rumah mak mentua’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selalunya kita dengar rumah inap desa atau homestay ‘bersepah’ selepas disewa ramai-ramai, namun berbeza pula dengan peserta Himpunan RXZ Members 7.0 ini.

Program yang berlangsung selama dua hari di Terengganu minggu lalu bukan sahaja meriah dengan deruman enjin, tetapi turut meninggalkan kenangan manis kepada tuan rumah apabila peserta himpunan tersebut mengemas kediaman disewa sebelum ‘check out’.

Menurut perkongsian di TikTok, mereka bukan setakat menyapu sampah, tetapi membasuh meja dan kerusi.

“Tak, sekarang ni mereka buat apa dengan kerusi tu sampai kemain sental macam tu sekali,” komen Junaidah Dhuhal.

“Kalau sampai macam ni, tahun depan memang tuan rumah tak bagi kat group lain dah, memang bagi kat mereka ja,” tulis Nabil.

“Siap dengan kerusi dia basuh. Nasib dok (tak) basuh pokok hiasan sekali. Macam balik rumah mak mentua,” gurau Kim

Apa pun, netizen sepakat memuji sikap positif peserta RXZ Members kali ini yang dianggap luar biasa. Bukan saja jaga nama geng, tapi juga tunjuk contoh baik kepada komuniti. – KOSMO! ONLINE

@hrlaiman_46 Macam biase sebelum pulang sarang✅🔥#luncurrrrr🚀 #rxz_members_official ♬ Permata Biru – Ella

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI