fbpx
Kor Ming menerima memorandum sokongan terhadap URA oleh sekumpulan individu di pintu masuk Bangunan Parlimen di ibu negara hari ini.

‘PSB tetap dibentangkan, rakyat bersama kita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) akan dibentangkan untuk bacaan kedua di Dewan Rakyat esok.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, RUU berkenaan akan tetap dibentangkan walaupun mendapat tentangan pembangkang.

“Suara rakyat suara keramat. Kerajaan Madani memilih untuk teguh berdiri bersama rakyat, bukan parti-parti politik yang memainkan sentimen.

“Kita nak politik yang membina. Rakyat bersama kita,” katanya ketika menerima memorandum sokongan terhadap PSB oleh sekumpulan individu di pintu masuk Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Semalam, blok pembangkang menegaskan semua 68 Ahli Parlimen mereka akan menentang RUU PSB habis-habisan apabila dibentangkan di Dewan Rakyat.

Mereka mendesak supaya ia ditarik balik dan sedia berdepan hukuman digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan.

RUU URA dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama oleh Kor Ming pada 21 Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI