fbpx
Sazalee turut hadir ke lokasi kejadian di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, pagi tadi.

Tiada perbualan pelik, mencurigakan guru wanita dan suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Tiada sebarang perbualan pelik atau mencurigakan antara mangsa dan suaminya sehingga menjadi punca kejadian pergaduhan tercetus di kediaman keluarga mereka di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, pagi tadi.

Pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 30 dan 28 tahun itu merupakan guru di sebuah sekolah di Daerah Timur Laut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, siasatan awal tidak menunjukkan pasangan terbabit mempunyai sebarang masalah dalam hubungan rumah tangga.

“Saya dah tengok semua conversation dan sebagainya, semua baik. Tidak ada apa pun benda-benda yang mencurigakan ataupun isu-isu yang pelik-pelik yang kita boleh dapatkan punca sebenar kejadian.

“Suspek juga tidak mengalami masalah kesihatan atau kemurungan. Pasangan ini tidak mempunyai apa-apa masalah pun termasuk kewangan. Kalau maklumat daripada saksi, mereka hidup dalam keadaan harmoni dan
duduk bersama dengan keluarga isteri (mangsa),” katanya di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi tadi itu, mangsa wanita berusia 28 tahun cedera pada leher dipercayai dikelar suaminya dengan sebilah pisau. Suspek turut bertindak mengelar pergelangan tangan kiri dan leher dengan pisau sama.

Keadaan mangsa kini stabil di Hospital Pulau Pinang manakala suaminya dilaporkan kritikal di Zon Merah hospital sama. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI