fbpx
Hanya 304,625 penggiat gig dikesan aktif mencarum, sekali gus menandakan hanya 25.4 peratus mendapat perlindungan keselamatan sosial yang merupakan hak asasi manusia.

RUU Pekerja Gig 2025 rapatkan jurang keadilan sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 diyakini mampu merapatkan jurang keadilan sosial yang kian meruncing di sektor tidak formal.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menjelaskan, ­nasib lebih 1.2 juta penggiat gig di negara ini yang bersabung nyawa mencari pendapatan seharian tidak diimbangi dengan kepen­tingan jaringan perlindungan sosial yang mandatori.

Menurutnya, berdasarkan statistik LINDUNG KENDIRI (Akta 789) untuk tempoh sepanjang 2024, hanya 304,625 penggiat gig dikesan aktif mencarum, sekali gus menandakan hanya 25.4 peratus mendapat perlindungan keselamatan sosial yang merupakan hak asasi ­manusia.

Katanya, meskipun merupakan sebahagian kecil daripada jumlah pencarum, penerima faedah dalam kalangan penggiat gig mewakili 28.6 peratus daripada keseluruhan jumlah penyaluran faedah menerusi Akta 789 bagi tempoh sama.

“Angka ini mencerminkan ke­perluan mendesak terhadap perlindungan sosial yang amat kritikal bagi komuniti penggiat gig.

“Justeru, pembentangan RUU Pekerja Gig 2025 adalah langkah bersejarah yang sejajar agenda penjenamaan LINDUNG meliputi hak, kebajikan dan maruah mereka sebagai antara penggerak utama ekonomi digital negara,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, menerusi penguatkuasaan kerangka perundangan ini selepas digazetkan kelak, penggiat gig akan menikmati perlindungan setara pekerja formal, seiring prinsip karamah insaniah yang mengangkat martabat insan tanpa mengira bentuk pekerjaan.

Katanya, bersandarkan pendekatan perlindungan sosial mandatori, pekerja gig bakal menikmati lapan jenis faedah yang diperuntukkan melalui LINDUNG KENDIRI, termasuk akses kepada perkhidmatan rehabilitasi dan penggantian pendapatan jika mengalami bencana kerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI