fbpx
Muhamad Akmal.

Jangan sisih golongan miskin bandar ke luar bandar – Dr. Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Rumah dan tanah kita milik kita. Bukan milik majoriti,” kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Menurut beliau, setiap rakyat Malaysia ada hak yang dilindungi dan dijamin oleh Perlembagaan Negara dalam perkara tersebut.

Justeru, katanya, ambang persetujuan tidak boleh diturunkan menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB)

“Jika zaman Barisan Nasional (BN) dahulu kerajaan boleh bangunkan bandar tanpa mengurangkan ambang persetujuan, kenapa tidak kali ini?

“Saya menyeru agar RUU ini dikaji semula dan ditambah baik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam hantaran berasingan, Dr. Muhamad Akmal berkata, zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mampu membangunkan 1Razak Mansion dengan persetujuan 100 peratus penduduk.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan mengapa kerajaan sedia perlu menurunkan ambang persetujuan untuk membangunkan sesebuah kawasan bandar.

“Kita setuju untuk pembangunan, tetapi jangan pembangunan itu akan menyisihkan golongan yang miskin bandar ke luar bandar.

“Jika di kawasan situ asalnya rumah mampu milik, maka wajib dibangunkan perumahan mampu milik bukan hanya perumahan mampu lihat sahaja oleh rakyat.

“Perlembagaan menjamin hak setiap rakyat Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI