PETALING JAYA – Bayaran balik pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) mencatatkan trend menaik.
Perkembangan berkenaan dimaklumkan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, hari ini.
“Alhamdulillah, melihat laporan positif trend menaik peminjam-peminjam Mara bayar balik pinjaman.
“Lebih ramai bayar balik lebih ramai anak-anak Melayu bumiputera yang dapat dibela nasib mereka mendapat pembiayaan pendidikan,” katanya di media sosial.
Semalam Kosmo! melaporkan, Mara menyasarkan kutipan semula pinjaman sekurang-kurangnya RM1 bilion tahun ini yang melibatkan hasil pembayaran balik pembiayaan pendidikan dan keusahawanan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Zulfikri Osman berkata, kutipan semasa berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran tersebut menjelang hujung 2025.
“Sebahagian besar pinjaman Mara adalah untuk pelajar, manakala sekitar RM400 juta setahun diperuntukkan kepada usahawan dengan tempoh bayaran balik sehingga 10 tahun,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE