JAKARTA – Seorang lelaki mengundang perhatian ramai apabila dirakam memakai jubah dan kopiah berwarna putih sambil bertenggek di bumbung sebuah rumah di Bali, lapor portal berita Detik.
Kejadian dirakam di Desa Bungaya, daerah Bebandem semalam.
Penghulu Banjar Dinas Timbul, I Gede Suarjana Putra berkata, lelaki yang hanya dikenali sebagai IPY itu datang ke kejiranan tersebut bersama ibu dan adiknya untuk menjenguk neneknya.
“Berdasarkan maklumat yang saya terima, IPY telah putus cinta tiga bulan lalu. Kelakuannya mula berubah sejak itu.
“Dia dipercayai memanjat pokok yang terletak di sebelah rumah. Selepas dipujuk, IPY akhirnya turun dengan cara melompat dari bumbung,” kata Putra.
Dia kemudian dibawa ke hospital daerah untuk rawatan lanjut. – AGENSI