fbpx
MUHAMMAD FIRDAUS dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini.

Kes bakar, bunuh kenalan wanita disebut 29 September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 29 September depan untuk sebutan kes bagi serahan laporan kimia berkait kes seorang lelaki, Muhammad Firdaus Baktehir, 29, yang dituduh membakar dan bunuh kenalan wanita di Sri Gading, Mac lalu.

Majistret Arun Noval Dass menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip memberitahu mahkamah belum menerima laporan kimia.

“Pihak pendakwaan mohon mahkamah tetapkan tarikh baru memandangkan kami belum menerima laporan kimia. Setakat ini, pihak pendakwaan sudah menerima laporan bedah siasat,” katanya.

Pada prosiding itu, Muhammad Firdaus yang juga yang bekerja kebun memakai kemeja T putih, kelihatan tenang selepas sudah pulih daripada kecederaan akibat melecur di kedua-dua paha dan betis dalam insiden itu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kematian ke atas Syarah Nurul Masturah Abdullah, 31, di sebuah rumah di Kampung Baru, Sri Gading, 5 petang, 8 Mac lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau pemenjaraan sehingga 40 tahun dan sebatan sebatan tidak kurang 12 kali, jika tidak dikenakan hukuman mati.

Dalam kejadian itu, bomba menerima laporan berhubung kebakaran sebuah rumah dengan mangsa dan tertuduh melecur.

Kebakaran itu menyebabkan mangsa melecur teruk sehingga darjah 74 peratus, manakala tertuduh, 13.5 peratus dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Mangsa meninggal dunia di hospital sama, 9.54 malam, sehari selepas kejadian. Siasatan pada awalnya diklasifikasikan mati mengejut bertukar kepada kes bunuh.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI