fbpx
KEADAAN rumah sewa yang didiami tujuh lelaki warga Thailand musnah dalam kebakaran di Loring Manggis, Batu 36, Jalan Johor Bahru-Pontian, Pontian hari ini.

Identiti dua warga Thailand rentung dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Identiti dua mangsa rentung dalam kejadian kebakaran rumah sewa di Lorong Manggis, Batu 36, Jalan Johor Bahru-Pontian di sini pagi tadi dikenal pasti sebagai Nasri E- Sa, 31, dan Masabuding Sa-Laeh, 27.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, kedua-dua mangsa warga Thailand bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai tomyam di Taman Kota Emas di sini.

“Siasatan awal mendapati, rumah itu disewa majikan dan menempatkan tujuh pekerja warga Thailand. Dua daripada mereka maut akibat melecur lebih 80 peratus pada badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kebakaran turut menyebabkan tiga mangsa lain iaitu Tahekee Kanali, 38, Maesan Keetong, 40, Sukri Muso 30, cedera, manakala seorang lagi terselamat.

Mangsa yang rentung dan cedera dihantar ke Hospital Pontian. Setakat ini kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI