fbpx
PESERTA menunjukkan semangat juang cukup tinggi apabila meneruskan larian dalam cuaca hujan.

Hujan tak jejas larian peserta TMB100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Berlari dalam cuaca hujan langsung tidak menjadi penghalang buat peserta bagi menamatkan acara larian denai ‘The Magnificent Baling 100’ (TMB100) 2025 yang berlangsung pada 15 dan 16 Ogos lalu.

Apa yang menarik, hampir 90 peratus daripada 2,200 peserta dapat menamatkan larian masing-masing mengikut tempoh masa ditetapkan melibatkan jarak 10 kilometer (km), 25km, 50km dan 100km.

Penganjur kejohanan, Mohd. Bukhari Ismail berkata, jumlah peserta yang menamatkan larian sebenarnya lebih daripada jangkaan kerana ramalan awal tidak ramai yang mampu berdepan cabaran berlari dalam cuaca hujan.

“Kebiasaannya, jika peserta-peserta terpaksa berlari dalam keadaan hujan, ia memang akan meningkatkan tahap cabaran kepada mereka kerana melalui denai yang berlecak dan berlumpur selain berdepan kesejukan.

“Bagaimanapun, peratusan tinggi bagi peserta yang menamatkan larian menunjukkan mereka semua sudah bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum menyertai TMB100 kali ini,” katanya.

PESERTA turut berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi di sekitar daerah Baling.

Pemenang bagi acara 100km dimenangi peserta dari Sabah, Wilsen Singgin yang menamatkan larian dengan catatan masa 10 jam 35 minit 35 saat, diikuti Milton Amat (10’51:47s) dan Yun Huan Sua (11’15:33s).

Bagi acara 100km kategori wanita pula dimenangi pelari Filipina, Ritzy Amor Ectin yang mencatat masa 15’33:57s dengan tempat kedua menjadi milik Syarifah Balqis Syed Hamzah (16’47:13s) diikuti Septiana Nia Swastika (17’05:11s).

Sebagai rekod, acara yang berlangsung di sekitar daerah Baling, Kedah itu sudah memasuki edisi ketiga selain semakin mendapat tempat di hati peminat-peminat larian denai sama ada dari dalam atau luar negara.

“Tahun ini penyertaan menunjukkan peningkatan lebih 100 peratus berbanding tahun lalu dan peratusan pelari yang menamatkan larian juga tinggi. Oleh itu, kami merancang untuk memperkenalkan dua jarak baharu, iaitu 75km dan 160km,” ujar Bukhari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI