fbpx
Gambar hiasan.

Bayi melecur tahap dua terkena air panas di taska

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – “Saya terkejut dapat panggilan anak terkena air panas dan terus bergegas ke taska”.

Demikian kata Muhsin, 36, bapa kepada bayi lelaki berusia 10 bulan yang melecur tahap dua akibat terkena air panas di sebuah taska di Bandar Saujana Putra, di sini, kelmarin.

Muhsin berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja sebelum dihubungi pengasuh sekitar pukul 12 tengah hari.

“Saya kemudian terus membawa anak ke Hospital Serdang dan doktor memaklumkan kaki anak mengalami melecur tahap kedua.

“Anak saya kemudian dirujuk ke pakar bedah plastik di Hospital Putrajaya dan kini masih menerima rawatan di hospital,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pengasuh mendakwa dia terlupa menutup pintu penghadang sebelum anaknya merangkak masuk ke bilik bancuhan susu dan terkena air panas di dalam cerek.

“Anak saya meraung menangis menahan kesakitan dan pihak hospital cadang ingin melakukan bius penuh untuk tidurkan anak seketika bagi mencuci luka,” ujarnya.

Muhsin berkata, doktor kini sedang melakukan pemantau sama ada anaknya perlu menjalani pembedahan atau tidak.

Dalam pada itu, jelasnya, dia juga sudah tampil membuat laporan di Balai Polis Saujana Putra untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak Kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI