fbpx
MANGSA yang parah dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke HTAA Kuantan.

Anggota polis parah motosikal bertembung MPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Seorang anggota polis parah selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza di Jalan Dato Mahmud, berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.05 petang itu, mangsa Lans Koperal Mohd Muzir Sawi, 33, dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Lipis mengalami kecederaan serius termasuk pendarahan otak, retak di bahagian belakang kepala, patah tangan dan kaki kiri selain luka pada dahi serta kening.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, kemalangan berlaku ketika cuaca hujan apabila motosikal Yamaha Y15 yang ditunggang Mohd Muzir bertembung dengan Toyota Avanza yang dipandu seorang lelaki warga emas berusia 79 tahun.

“Ketika kejadian, pemandu Toyota Avanza itu dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Fah Choon ke sekolah untuk mengambil cucunya.

“Sementara mangsa pula baru selesai raptai perbarisan sambutan Hari Kebangsaan peringkat daerah di IPD Lipis dan sedang pulang ke rumah di kuarters Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Lipis,” katanya di IPD Lipis di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat hingga menyebabkan kemalangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI