fbpx
BERKALI-KALI putus cinta dengan beberapa nama popular, Taylor Swift akhirmya memilih seorang atllet, sebagai pasangan hidup.

Akhirnya Taylor Swift ‘ikat’ calon suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUA tahun menyulam cinta, penyanyi popular Taylor Swift akhirnya sah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya iaitu pemain bola sepak Amerika, Travis Kelce.

Khabar gembira tersebut diumumkan sendiri pemilik nama lengkap Taylor Alison Swift, 36, dalam Instagramnya dengan kapsyen manis menggelarkan mereka sebagai guru sebagai lapangan kerja masing-masing.

“Cikgu Bahasa Inggeris dan Cikgu Pendidikan Jasmani sudah mahu berkahwin,” tulisnya.

Dalam hantaran tersebut, pelantun lagu Love Story itu memuat naik beberapa foto sekitar majlis lamaran di sebuah taman.

Pasangan itu tampil sedondon mengenakan busana rona biru, sementara Travis dilihat melutut sebelum menyarungkan sebentuk cincin pertunangan ke jari Taylor.

Difahamkan, cincin pertunangan berkenaan merupakan rekaan khas Travis sendiri bersama bantuan pereka barang kemas terkenal, Kindred Lubeck.

Cincin tersebut dianggarkan bernilai sekitar RM527,800 hingga RM21 juta, bergantung nilai penilaian berlian.

Bagaimanapun, menurut sebuah laporan antarabangsa, majlis lamaran tersebut sebenarnya berlangsung beberapa minggu lebih awal daripada pengumuman rasmi.

Sebelum ini, Taylor dan Travis dilaporkan menjalinkan hubungan cinta sejak September 2023 selepas berpisah dengan pelakon Joe Alwyn. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN