PETALING JAYA – M K Land Holdings Berhad (M K Land) melalui segmen hospitalitinya, Ombak Villa Langkawi (OVL) memperkukuh lagi penawaran makanan, minuman dan riadah dengan pembukaan dua tarikan baharu, Piknik di Senja (Senja) dan Sky Lounge / Rooftop Bistro di Kuala Melaka Inn (KMI).
Timbalan Ketua Pegawai Operasi M K Land, Nazri Tumin berkata, kedua-dua pembukaan ini membuktikan komitmen berterusan OVL dalam mempertingkat pengalaman tetamu, di samping membuka peluang baharu untuk komuniti tempatan dan pelancong menikmati keindahan Langkawi dari perspektif yang segar dan berbeza.
Melalui dua tarikan baharu ini juga, ia dapat melengkapkan lagi kemudahan restoran sedia ada di resort berkenaan iaitu Bayu Restaurant dan Amai Bistro.
“Melalui Piknik dan Sky Lounge | Rooftop Bistro, kami terus bekerjasama dengan peniaga tempatan, memperkaya pengalaman pelancong, dan mengukuhkan kedudukan Langkawisebagai destinasi yang lestari serta kaya budaya.
“Misi jangka panjang kami adalah untuk menjadikan OVL bukan hanya sebuah resort, tetapi sebagai pemangkin utama dalam merevolusikan landskap pelancongan Langkawi.
“Industri pelancongan mesti bergerak seiring perubahan masa dan usaha kami di M K Land selari dengan visi LADA untuk memacu pertumbuhan yang memberi manfaat kepada komuniti, negeri dan negara,” Katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Nazri menerangkan, dengan pembukaan Piknik dan Sky Lounge / Rooftop Bistro, OVL terus menggabungkan
kepelbagaian pengalaman kulinari dan riadah, mencipta memori indah buat pelancong serta
komuniti setempat, sambil memperkayakan lagi landskap hospitaliti di Langkawi.
Daripada detik santai menikmati kopi sewaktumatahari terbenam hinggalah malam penuh meriah di ruang ‘rooftop’ menghadap Laut Andaman, OVL kini menawarkan spektrum pengalaman kulinari dan riadah yang lebih
menyeluruh.
“Piknik @ SENJA ditawarkan untuk mereka yang mengidamkan detik tenang dan bermakna, sambil
menghirup kopi artisan ditemani panorama matahari terbenam Laut Andaman, berlatarbelakangkan keindahan Gunung Machinchang.
“Inisiatif ini bukan sekadar menggabungkan budaya kopi artisan dengan pengalaman bersantai di tepi laut, tetapi juga
selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya dalam menyokong pertumbuhan ekonomi inklusif, memperkukuh jaringan kerjasama komuniti, dan memastikan manfaatnya dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan M K Land hari ini.
Dibuka setiap Jumaat hingga Ahad dari jam 5:30 petang hingga 8:30 malam, Piknik menawarkan ruang santai tepi pantai untuk tetamu resort dan orang ramai.
Selain itu, Sky Lounge / Rooftop Bistro @ KMI pula menyajikan pemandangan panoramik Padang Mat Sirat, Laut Andaman, serta kehijauan alam sekitarnya.
Di ruang bistro atas bumbung yang santai ini, para pengunjung boleh menikmati hidangan istimewa hasil
sentuhan cef OVL, ditemani pilihan makanan dan minuman pada harga yang berpatutan.
Kuala Melaka Inn (KMI) adalah pilihan penginapan mesra bajet OVL yang terletak bersebelahan Ombak Villa Langkawi.
Ia memiliki kapasiti 60 bilik dengan kadar harga bermula serendah RM80 menawarkan pengalaman penginapan berpatutan tanpa menjejaskan kualiti.
Ia menjadi pilihan ideal untuk percutian keluarga, penginapan berkumpulan, mahupun pengembara yang mementingkan nilai berbaloi. -KOSMO! ONLINE