fbpx
HOLGADO masih gagal menjaringkan gol bersama kelabnya selepas kali terakhir pada 28 April lalu.

Kemarau gol Holgado membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PRESTASI penggempur utama Harimau Malaya, Rodrigo Holgado sedikit merisaukan selepas gagal meledak sebarang gol dalam aksi kompetitif sejak mewakili pasukan kebangsaan pada aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Vietnam dua bulan lalu.

Lebih malang, penyerang berusia 30 tahun itu mengalami kemelut prestasi bersama kelab Colombia diwakilinya, America de Cali selepas hampir empat bulan tidak menjaringkan gol.

Berdasarkan statistik laman sukan antarabangsa, kali terakhir Holgado meledak gol adalah pada 28 April lepas ketika bertemu seteru tradisi, Deportivo Cali.

Sepanjang tempoh tersebut, Holgado telah diletakkan dalam skuad utama sebanyak 16 perlawanan tetapi masih tidak berjaya menjaringkan sebarang gol termasuk perlawanan liga bertemu Atletico Nacional semalam.

Situasi itu sudah tentu membuatkan pengendali negara, Peter Cklamovski ‘pening kepala’ memandangkan ketajaman Holgado bakal ditagih untuk merobek kubu Singapura dan Palestin pada dua aksi persahabatan antarabangsa bulan depan.

Namun, prestasi Holgado seperti sudah dijangka memandangkan America de Cali ketika ini dibimbing oleh jurulatih baharu, Diego Raimondi yang tidak memberikan minit permainan mencukupi kepadanya selepas sering dimasukkan sebagai pemain gantian.

Selain itu, spekulasi mengenai penghijrahan Holgado turut menjejaskan sedikit prestasinya di atas padang apabila dikaitkan menyertai kelab Argentina, Talleres de Cordoba yang dikendalikan oleh legenda Manchester City, Carlos Tevez.

Satu lagi kelab Argentina, Gimnasia La Plata turut dilaporkan mahu menandatangani khidmat Holgado bulan lalu sebelum pemain kebangsaan itu memilih untuk menghormati kontraknya bersama America de Cali.

Cklamovski dijangka mengeluarkan senarai pemain yang akan dipanggi menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan pada minggu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI