PETALING JAYA – Agensi pelancongan tempatan, IBC Tours & Travel Sdn Bhd menyasarkan jualan RM15 juta sempena Matta Fair 2025 bulan depan.
Pengarahnya, Mohammad Rizal Narusuddin berkata, sasaran itu susulan tawaran eksklusif ini sempena meraikan 30 tahun penubuhan syarikat itu di pasaran.
Beliau menjangka antara pilihan pakej pelanggan masih tertumpu ke destinasi seperti Turkeye, Balkan, Eropah, Switzerland, Dubai, Korea dan China.
“Semua negara itu masih menjadi pilihan pelancong terutama pada mucim cuti persekolahan kerana memang tidak dapat dinafikan keistimewaan dan keindahan yang terdapat di negara berkenaan,.
“Ramai juga pelanggan yang berulang kali bercuti ke sana dan IBC Tours sendiri mengutamakan perkhidmatan dan kepuasan pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, sempena Matta Fair 2025 ini, IBC Tours menawarkan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1 juta menerusi kempen “Scan & Win – Tempah & Menang Segera”.
Ia sebagai sebahagian daripada usaha menghargai pelanggan yang bakal berlangsung pada 5 hingga 7 September di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Apa yang menarik, hadiah utama berupa pakej pelancongan selama 10 hari 8 malam ke negara Eropah (London, Paris, Amsterdam, Brussel dan Switzerland) bernilai RM114,990 bakal menanti 10 pemenang bertuah.
Mohammad Rizal berkata, tawaran eksklusif ini sempena meraikan 30 tahun penubuhan IBC Tours & Travel Sdn Bhd dan penghargaan kepada pelanggan setia yang sentiasa menyokong.
“Kami mahu memberikan pengalaman bermakna buat pelanggan, lebih-lebih lagi buat mereka yang tidak berpeluang melancong ke luar negara. Mungkin inilah masanya.
“Bagi pelanggan yang tidak dapat hadir ke MITEC, IBC Tours turut menyediakan kempen Scan & Win secara online di laman web rasmi syarikat, www.ibctours.com bermula 25 Ogos ini,” katanya.-KOSMO! ONLINE