fbpx
Murid berlari sambil menangis ketakutan selepas guru (kiri) itu cuba mencekik seorang murid. - TikTok

Guru cuba cekik murid semasa berbaris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang guru sekolah rendah di Indonesia menerima kecaman orang ramai apabila dirakam cuba mencekik seorang murid yang sedang berbaris, lapor portal berita Insert Live semalam. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @sorotanlampung menunjukkan guru wanita terbabit memarahi sekumpulan murid yang sedang berdiri tegak dalam barisan. 

Dia kemudian menghampiri seorang murid lelaki dan cuba mencekiknya. 

Perbuatan itu menyebabkan beberapa guru berhampiran menjerit, manakala murid itu mula melarikan diri. Ada antara mereka menangis ketakutan. 

Guru itu dipercayai mengamuk hanya kerana guru-guru lain tidak tampil  untuk mengendalikan acara tersebut. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Pecat! Buat murid trauma sahaja,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI