fbpx
Warga asing yang ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Prebet di Rawang, semalam.

Warga asing guna salah guna lesen, tiada insurans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAWANG – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor meneruskan tindakan tegas terhadap pemandu warga asing yang menjalankan aktiviti ‘prebet sapu’ dalam Ops Prebet yang dijalankan di sekitar kawasan Rawang, semalam.

Pengarah JPJ Negeri Selangor, Azrin Borhan berkata, dalam operasi berkenaan pelbagai kesalahan berjaya dikesan.

Menurutnya, antara kesalahan dilakukan adalah salah guna Lesen Kenderaan Motor (LKM), tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL), tiada Lesen Vokasional (PSV), LKM tamat tempoh, tiada insurans dan tamat pemeriksaan Puspakom.

“Hasil operasi itu, sebanyak dua buah kenderaan turut disita di SPK Kalumpang kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, JPJ Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian serius terhadap aduan yang diterima dan melaksanakan pemantauan secara berterusan bagi memastikan semua kenderaan mematuhi undang-undang jalan raya.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kesalahan lalu lintas boleh menyalurkannya ke [email protected] atau melalui platform aplikasi e-aduan dengan menyertakan butiran pengadu dan butiran aduan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI