fbpx
Tangkap layar motosikal dirempuh sebelum digilis kereta di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kemajuan.

[VIDEO] Langgar lampu merah, dua cedera digilis Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Dua individu cedera selepas motosikal yang ditunggang dirempuh kereta sebelum digilis kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kemajuan, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.20 pagi melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.

“Siasatan awal mendapati sebuah kereta Honda berwarna hitam melanggar lampu isyarat merah sebelum bertembung dengan motosikal dari arah bertentangan.

“Akibatnya, penunggang dan pembonceng motosikal terjatuh atas jalan sebelum digilis kereta Perodua Myvi berwarna merah dari arah sama,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Menurut beliau, mangsa yang cedera dihantar ke dua buah hospital untuk mendapatkan rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta supaya menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Nur Izzatul Aira Ariffin di talian 017-2737696 untuk membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI