PETALING JAYA – Misteri bunyi pelik yang kedengaran di bilik tidur sebuah rumah akhirnya terjawab apabila anggota Angkatan Pertahanan Awam Amalaysia (APM) berjaya menemui seekor ular sawa bersembunyi di sebalik almari.
Menerusi perkongsian seorang anggotanya di TikTok @pijaiecha, pemilik rumah mendakwa sering terdengar bunyi misteri di dalam bilik
Curiga dengan keadaan tersebut, pemilik rumah memeriksa kawasan sekitar sebelum ternampak reptilia itu tersepit di celah almari.
“Diganggu bunyi misteri, akhirnya terjawab hari ini,” tulis @pijaiecha di ruangan kapsyen video tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai rekasi diberikan orang ramai dan perkongsian anggota APM tersebut berjaya meraih lebih 38,000 tontonan dalam tempoh dua jam.
“Syukur, tiada kecederaan. Tuan rumah pantas, abang APM pun pantas tangkap ular, besar juga tu,” kata Aizat.
“Weh besarnya. Macam mana dia masuk tu,” soal Afiza.
“Teringat wayar belakang televisyen bergoyang. Mak intai, mak cakap kain buruk. Takkan la wayar goyang, aku tengok betul-betul rupanya biawak besar. Jerut dengan tali, dia lari sekali tali tu terikat dekat leher. Entah hidup ke tidak lagi sekarang,” kongsi @lychee09. – KOSMO! ONLINE
@pijaieicha Nak tengok kita tangkap komen ! #pijaieicha #apmutb💪🚑 #apm ♬ original sound – si.Afdal