BERGIAT aktif dalam penulisan puisi dan kesukarelawanan sejak di bangku sekolah telah membentuk keperibadian yang hebat dalam diri anak muda berwawasan tinggi ini. Malah, dia turut cemerlang dalam bidang akademik sehingga menjadi inspirasi kepada para pelajar. Muhamad Syafiq Mohd Salleh, 22, yang kini merupakan pelajar tahun tiga Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian di Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) juga berkebolehan tinggi dalam kepimpinan dengan mengetuai pelbagai program termasuk dilantik sebagai Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar UPM Sesi……