fbpx
Benteng pertahanan Selangor FC cuba mengasak pemain import NSFC, Jovan Motika pada aksi malam tadi. - Foto MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

Liga Super: Kinoshi akur prestasi terburuk Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETUA jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi menyifatkan kekalahan pasukan itu kepada Negeri Sembilan FC (NSFC), 1-2 dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi sebagai perlawanan teruk dalam hidupnya.

Jurulatih yang berasal dari Jepun itu bagaimanapun enggan menyalahkan para pemainnya yang telah berusaha sebaik mungkin untuk memenangi perlawanan tersebut.

“Untuk saya, ini adalah perlawanan teruk dalam hidup saya. Bagaimanapun, para pemain telah bersaing dengan baik tetapi kami tidak dapat gol kedua.

“Saya tidak mahu menyebabkan keadaan lebih teruk. Saya hanya mahu bergerak ke depan untuk pertandingan seterusnya,” katanya selepas tamat perlawanan.

Mengulas lanjut, Katsuhito mengakui kegagalan memperoleh gol kedua adalah punca kekalahan Selangor FC walaupun telah mendahului pasukan lawan pada awal perlawanan.

Katanya, pasukan itu mencipta beberapa peluang di depan gol NSFC tetapi tidak menemui penyudah yang diharapkan.

“Sebaliknya pasukan tuan rumah terus mengasak mencari peluang di depan penyokong mereka,” ujarnya.

Pada perlawanan itu, Selangor FC menjaringkan gol terlebih dahulu melalui pemain import, Richmond Tetteh Ankrah pada minit ke-12 berpunca daripada sepakan sudut.

Pada minit ke-83, pemain gantian NSFC yang masuk pada minit ke-72 permainan, Mio Tsuneyasu menjaringkan gol penyamaan dan menafikan kemenangan Selangor FC dengan gol ketika perlawanan hanya berbaki dua minit dalam masa tambahan.

Jaringan itu menyebabkan Stadium Tuanku Abdul Rahman yang dipenuhi lebih 25,000 penonton bergema dengan sorakan penonton. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI