fbpx
Anthony Loke

Jangan perasan DAP mahu kerjasama dengan MCA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

IPOH – MCA jangan perasan kononnya DAP dahagakan kerjasama dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) tersebut.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, kerjasama secara tidak langsung dengan MCA itu sekadar mengikut kerangka kerajaan Perpaduan antara Pakatan Harapan (PH) dan BN yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Pertamanya, kita pun tidak pernah cakap hendak kerjasama dengan mereka. Jangan perasan sangat bahawa DAP hendak bekerjasama dengan mereka. Kita bekerjasama dalam kerangka kerajaan Perpaduan. Respon saya kepada MCA mudah sahaja, anda hendak buat apa pun keputusan, anda punya hal.

“Kita tidak pernah cakap hendak kerjasama dengan mereka. Jangan perasan sangat seolah-olah kita ini tidak boleh hidup tanpa mereka,” katanya semasa ditemui dalam Jamuan Makan Malam DAP Perak di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI