fbpx
GAMBAR fail Anuchit Sooksud. - Foto Facebook

Banduan lari kerana rindukan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang banduan melarikan diri dari penjara kerana merindui bayinya yang baru berusia  lima bulan di Thailand, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Jabatan Penjara meminta penduduk membantu pihak berkuasa menjejaki Anuchit Sooksud, 33, yang melarikan diri ketika bekerja di Kedai Kopi Hubpoei yang dikendalikan Penjara Wilayah Nonthaburi kelmarin.

Anuchit sebelum ini ditangkap kerana cubaan mencuri dan dijatuhi hukuman penjara setahun. 

Dia telah menjalani lapan bulan hukuman dan dijadualkan bebas dalam tempoh empat bulan lagi.

Ketika ditugaskan bekerja di kedai kopi bersama banduan lain, Anuchit mengambil peluang mencuri sebuah motosikal milik pegawai penjara dan melarikan diri dalam pakaian seragam penjara berwarna oren.

Polis kemudian menemui pakaian seragam oren yang dibuang di bawah Jambatan Maha Chesadabodindranusorn, namun Anuchit tidak berada di situ.

Siasatan lanjut membawa polis menahannya di rumah seorang saudara-mara di wilayah Ang Thong semalam . 

Dia akhirnya mengaku melarikan diri kerana merindui bayi kecilnya.

Akibat melarikan diri dan mencuri motosikal, Anuchit kini berdepan hukuman penjara tambahan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI