fbpx
SEEKOR ular berwarna keemasan yang ditemui di Ang Thong. - Foto Khaosod

Ular warna ’emas’ ditemukan penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK  – . Seekor ular berwarna keemasan sepanjang kira-kira 40 sentimeter ditemui penduduk wilayah Ang Thong, Thailand, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Penemuan bermula apabila Pannawat ‘Lek’ Imsub, seorang sukarelawan dari Yayasan Poh Teck Tung di Wat Loh, daerah Mueang Ang Thong, menerima panggilan meminta bantuan daripada penduduk. 

Penduduk melaporkan bahawa seekor ular sawa sepanjang 3 hingga 4 meter telah masuk ke sebuah  rumah  di Jalan Thetsaban, Bang Kaeo, wilayah Ang Thong, pada awal pagi.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) mengesahkan kehadiran seekor ular sawa sepanjang 4 meter semalam.

Sebaik tiba di lokasi, sukarelawan itu tidak menjumpai ular sawa tersebut. 

Pemilik rumah kemudian menyemak rakaman CCTV, yang mengesahkan bahawa ular sawa itu memang telah masuk dan kemudian keluar dari rumah berkenaan. 

Semasa pemeriksaan keselamatan di kawasan sekitar, sukarelawan tersebut menemui seekor ular berwarna keemasan sepanjang kira-kira 40 sentimeter.

Penemuan itu adalah yang kali pertama dibuat walaupun sebelum ini pernah dilaporkan ular berwarna biru-hijau ditemukan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI