fbpx
Fahmi

Kerajaan tidak kompromi isu keselamatan negara – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal keselamatan negara susulan pengesanan peningkatan aktiviti ejen asing di Malaysia.

Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pergerakan ejen berkenaan sedang dipantau secara berterusan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Menurutnya, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail baru-baru ini mengesahkan wujud peningkatan pergerakan ejen asing berikutan kelantangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kerajaan dalam memperjuangkan isu Palestin.

“Tidak dinafikan sejak pendirian kerajaan dan Perdana Menteri yang begitu lantang dalam isu Gaza dan Palestin.

“Aspek keselamatan tidak ada kompromi dan PDRM sentiasa melakukan pemantauan. Kami juga diberi taklimat dari semasa ke semasa termasuk melalui Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara,” katanya hari ini.

Fahmi menegaskan walaupun keadaan keselamatan negara masih terkawal, sebarang risiko ancaman tidak boleh dipandang ringan memandangkan pendirian Malaysia dalam isu Palestin berasaskan prinsip kemanusiaan, bukan emosi semata-mata.

Katanya, pendirian Malaysia konsisten sejak sekian lama iaitu menuntut kekejaman rejim Zionis di Gaza dihentikan selain mengiktiraf kebebasan Palestin.

“Cuma bezanya sekarang, Perdana Menteri kita berjaya mengubah pendirian beberapa pemimpin negara lain yang memberi kesan sangat positif.

“Contohnya bekas Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, dan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, telah mengubah pendirian mereka selepas bertemu Perdana Menteri kita.

“Kerajaan Jepun masih berpegang pada pendirian untuk bekerjasama dengan Malaysia dan negara-negara lain bagi membangunkan semula Gaza. Mereka benar-benar ingin mengadakan perbincangan segera mengenai perkara ini,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI