fbpx
Anwar ketika beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada Majlis Perasmian Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Sembilan di Dataran Nilai di sini, hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK/ KOSMO!

Transformasi digital mesti selari nilai, produktiviti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa transformasi digital dan teknologi kecerdasan buatan (AI) di Malaysia mesti bergerak seiring dengan pemeliharaan nilai budaya, jati diri, serta peningkatan produktiviti negara.

Anwar berkata Malaysia tidak boleh sekadar meniru teknologi dari luar seperti Amerika Syarikat, Eropah atau China tanpa penyesuaian dengan konteks tempatan.

“Kita tak mahu AI dan digital menyebabkan kesenjangan membangkang antara golongan. Kita tidak mahu penguasaan digital dan AI menyebabkan kita kehilangan jati diri, nilai, akhlak dan keyakinan agama serta budaya,” katanya ketika berucap sempena Program Madani Rakyat 2025 Negeri Sembilan di Dataran Nilai di sini, hari ini.

Beliau menggesa supaya rakyat, khususnya generasi muda, diberi pendedahan mengenai AI dan teknologi digital, namun dengan penekanan terhadap nilai budaya dan agama.

“Kita harus memastikan anak-anak kita faham apa itu digital, faham apa dia AI dan kemudian mampu menghasilkan rakasa yang sesuai dengan pemikiran kita,” katanya.

Anwar turut menekankan kepentingan memastikan transformasi digital menyumbang kepada peningkatan khidmat awam dan produktiviti rakyat.

“Sekarang ini popular tentang apa yang disebut sebagai Productivity Paradox, iaitu kita berbelanja tinggi untuk AI dan digital tetapi produktiviti tidak meningkat. Jadi isu-isu releven seperti ini harus dibincangkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN