fbpx
Anwar.

Pampasan tanah Gemas: Yang patut dibayar akan dibayar – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Kerajaan Persekutuan memberi jaminan bayaran pampasan tanah yang tertunggak sejak lebih sedekad lalu di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, akan diselesaikan susulan keputusan yang dimuktamadkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu mencerminkan komitmen untuk menamatkan pertikaian berpanjangan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sembilan.

“Puluhan tahun masalah ini berlarutan, tetapiKerajaan Madani putuskan ia mesti diselesaikan. Yang patut dibayar, akan dibayar. Kalau ada jumlah yang boleh ditolak, akan dipotong sedikit,” katanya ketika berucap pada Program Madani Rakyat 2025 peringkat Negeri Sembilan di Dataran Nilai, hari ini.

Isu pampasan berkenaan mula berbangkit sejak 2013, melibatkan tiga lot tanah – Parcel H, Parcel J dan Parcel L – dengan nilai premium asal sebanyak RM2.162 bilion. Bagaimanapun, Parcel J yang telah diwartakan sebagai kawasan Military Firing Ground sejak 1941, dikecualikan daripada sebarang bayaran.

Susulan itu, jumlah pampasan yang perlu dijelaskan oleh Kerajaan Persekutuan kepada negeri dikurangkan kepada RM1.272 bilion.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata kerajaan negeri telah mengadakan pelbagai rundingan dengan agensi dan kementerian berkaitan, dan kekal komited dalam menuntut bayaran premium berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI