fbpx
Keadaan sebuah kedai tomyam yang terbakar di Jalan Bayam Lama, Kota Bharu semalam. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI

Kedai tomyam terbakar, 40 pelanggan bertempiaran lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Suasana makan malam di sebuah kedai tomyam di Jalan Bayam Lama di sini malam tadi bertukar panik apabila lebih 40 pelanggan dan pekerja lari menyelamatkan diri selepas premis itu terbakar.

Bagamanaipun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pada pukul 9.15 malam itu.

Pemilik premis, Mohammad Mat Daud, 40, berkata, ketika kejadian, dia berada di kaunter bayaran sebelum dikejutkan dengan bekalan elektrik terputus disusuli bunyi letupan kecil.

“Saya mengarahkan pekerja dan pelanggan menyelamatkan diri. Disebabkan suasana kelam-kabut kerana api marak dengan cepat, saya tidak sempat mengambil duit hasil jualan, wang simpanan dan barang kemas isteri.

“Saya sempat menyelamatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire, sebuah trak pikap dan kereta. Selama lebih 10 tahun berniaga di sini, pernah berlaku kejadian litar pintas, tetapi tidak serius,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Mahusin Hasan berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.31 malam dan mendapati empat buah kedai terbakar.

“Kita berjaya mengawal api daripada merebak bangunan bersebelahan. Setakat ini punca kebakaran masih dalam siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI