fbpx
KANGGANA menyifatkan topi merah yang dipakai Jaya tidak uba menampak diri isteri Amitabh Bachchan itu seperti ayam jantan. Memalukan.

‘Aib! Topi merahnya macam balung ayam jantan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELAKON sensasi, Kangana Ranaut mengecam tingkah laku pelakon veteran, Jaya Bachchan yang menolak permintaan peminat untuk bergambar.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Kangana menyifatkan Jaya sebagai seorang yang sombong dan terlalu dimanjakan sehingga naik tocang.

“Wanita yang paling manja dan dihormati. Orang ramai bersabar dengan sifat karutnya yang sering mengamuk tak tentu pasal hanya kerana dia merupakan isteri kepada Amitabh Bachchan,” tulis Kangana.

Kangana yang sememangnya dikenali sebagai selebriti bermulut lantang turut mengutuk penampilan Jaya yang disifatkannya seperti ayam.

“Topi merah yang dipakainya kelihatan seperti balung ayam dan dia kelihatan seperti seekor ayam jantan. Aib dan memalukan!” tulisnya.

Ini bukan kali pertama Jaya berkelakuan sebegitu rupa. Sebelum ini sudah banyak kejadian seumpamanya berlaku dan menjadi tular dalam media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN