fbpx
Pelatih IKBN Chembong terlibat sdalam aspek teknikal, termasuk penukaran minyak pelincir dan pemeriksaan motosikal dalam Program Madani Rakyat Negeri Sembilan di Dataran Nilai semalam.

3,000 helmet, 700 botol minyak pelincir diberi percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Lebih 1,000 orang membanjiri kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena Program Madani Rakyat Negeri Sembilan yang berlangsung di Dataran Nilai, di sini semalam bagi mendapatkan topi keledar secara percuma.

Penolong Pengarah Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat JPJ Negeri Sembilan, Zaitun Iffah Hamid, berkata, untuk program selama tiga hari ini, sebanyak 3,000 topi keledar disediakan, ini bermakna untuk sehari kita hadkan kepada 1,000 sahaja.

“Pagi kita akan agihkan sebanyak 500 unit, manakala di sebelah petang lagi 500 unit.

“Kebanyakan pengguna menggunakan topi keledar mereka sehingga span di dalamnya menipis, ini menyebabkan walaupun topi keledar itu diikat namun ia masih longgar serta berisiko sekiranya berlaku kemalangan,” katanya.

Beliau berkata, selain pemberian topi keledar secara percuma, JPJ turut menyediakan perkhidmatan lain termasuk pertukaran minyak pelincir motosikal.

“Sebanyak 700 botol minyak pelincir diperuntukkan hasil sumbangan daripada lima syarikat swasta sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya.

“Pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong dan Giat MARA turut terlibat secara langsung dalam aspek teknikal, termasuk penukaran minyak hitam dan pemeriksaan motosikal, memanfaatkan kemahiran mereka dalam bidang automotif,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI