fbpx
Dr. Muhamad Akmal disambut oleh lebih 100 penyokong ketika di tiba di Pulau Pinang malam tadi.

[VIDEO] Lebih 100 sambut ketibaan Dr. Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lebih 100 penyokong hadir menyambut ketibaan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh di Lapangan Terbang Antarabang Pulau Pinang malam tadi, yang bakal berdepan pertuduhan di mahkamah hari ini berhubung penglibatannya dalam himpunan solidariti bendera baru-baru ini.

Dr. Muhamad Akmal dalam satu hantaran di Facebook malam tadi menzahirkan penghargaan tidak terhingga kepada semua pihak yang hadir memberi sokongan, termasuk pimpinan tertinggi UMNO, rakan seperjuangan serta orang kampung tanpa sebarang jawatan.

“Tidak mampu saya ucapkan dengan perkataan. Hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya mampu ucapkan pada yang hadir mahupun hubungi tidak henti-henti.

“Saya tidak ada apa-apa untuk ditawarkan pada kalian, hanya semangat dan jiwa raga saya untuk dikorban demi agama, bangsa dan tanah air. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih,” katanya.

Beliau turut menegaskan tidak akan sesekali mengalah dalam menghadapi cabaran yang bakal ditempuh esok.

“Esok (hari ini) adalah satu episod yang mencabar, Insya-Allah saya tidak akan mengalah walau seinci. Pada Allah saya serahkan segalanya,” luahnya.

Dr. Akmal sebelum ini menjadi perhatian selepas terlibat dalam penganjuran himpunan solidariti bendera yang dikaitkan dengan isu sensitiviti nasional. Kehadiran penyokong malam tadi mencerminkan solidariti terhadap pendirian beliau dalam memperjuangkan isu agama, bangsa dan tanah air.

Terdahulu, Jabatan Penguam Negara dalam kenyataan dilaporkan berkata, Dr. Muhammad Akmal bakal didakwa di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan [Akta 574] kerana membuat, menerbitkan atau menyebarkan kenyataan yang boleh menimbulkan ketakutan serta kegusaran awam.

Sebelum ini, Dr. Muhamad Akmal mengetuai 500 penyokong UMNO, Bersatu dan Pas dalam perarakan sejauh 1.4 kilometer di Bertam, Kepala Batas sebagai tanda menghormati Jalur Gemilang susulan insiden bendera negara dipamerkan secara terbalik di sebuah kedai perkakasan.

Susulan daripada itu, beliau telah dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Sabtu lalu berhubung perhimpunan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI