KUALA LUMPUR – MOMOYO, jenama minuman teh yang inovatif dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melancarkan aiskrim YoFlip BATIK edisi terhad sempena Hari Kebangsaan.
Dengan rekaan unik cawan boleh dibalikkan dan tidak tumpah, YoFlip memberikan kejutan yang menyeronokkan dalam setiap hidangan.
Edisi BATIK ini menampilkan rekaan cawan istimewa yang diinspirasikan daripada warisan batik ikonik Malaysia, menggabungkan keseronokan, kelembutan berkrim dan kebanggaan budaya dalam satu sajian mudah alih.
“Kerjasama ini bukan sekadar aiskrim, ia tentang meraikan kreativiti Malaysia, warisan budaya serta semangat perpaduan dalam satu cawan yang boleh digenggam, dibalikkan dan dinikmati,” kata Alex Tan, Pengurus Besar MOMOYO Malaysia ketika majlis pelancaran yang diadakan hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-68.
Majlis pelancaran yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Kanan, Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2026, Tourism Malaysia, Zurina Abd. Samad telah menarik minat ramai pecinta makanan dengan para tetamu menyertai demonstrasi ‘flip’ atau dibalikkan secara langsung serta berkongsi pengalaman mereka di media sosial.

Malah, hashtag #MOMOYOYoFlip dan #MOMOYO dengan trending yang pantas di seluruh negara telah menjadikan YoFlip antara aiskrim paling hangat diperkatakan tahun ini.
Sebagai tambahan kepada pelancaran produk, MOMOYO mengumumkan rancangan pengembangan yang bercita tinggi.
Sejak memasuki pasaran Malaysia pada April 2024, jenama ini telah membuka lebih 150 cawangan di seluruh negara.
Sasaran untuk 2025 adalah untuk berkembang kepada 250 cawangan, diikuti oleh 300 hingga 400 cawangan pada 2026 dengan matlamat utama untuk mencapai 600 cawangan yang meliputi semua bandar utama dengan pasaran dua pertiga di seluruh negara.
Ditubuhkan pada 2022, MOMOYO telah mencipta segmennya menerusi strategi harga berpatutan, menawarkan teh buah segar dan aiskrim dalam julat harga RM5 hingga RM10, memudahkan pengguna menikmati minuman berkualiti tanpa tekanan kewangan.
Jenama ini menggunakan buah-buahan segar dalam semua produk dan telah melengkapkan pensijilan Halal dengan 99 peratus kakitangan adalah rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, MOMOYO merancang untuk melancarkan enam hingga lapan produk baharu setiap tahun termasuk rangkaian ‘kegemaran’ Malaysia yang menampilkan kopi putih, teh buah durian, aiskrim Milo dan minuman ais limau.
Produk bakeri juga akan diperkenalkan pada masa hadapan bagi memperkayakan menu.
Selain itu, MOMOYO juga membuka peluang francais untuk seluruh negara dan mereka menawarkan sokongan menyeluruh termasuk rantaian bekalan yang mantap, operasi piawai, latihan sistematik, sistem keahlian dan integrasi platform penghantaran.
Daripada pemilihan tapak dan reka bentuk cawangan kepada latihan operasi, MOMOYO menyediakan bantuan dari hujung ke hujung, ditambah dengan kos permulaan berpatutan untuk menggalakkan keusahawanan.
YoFlip BATIK edisi terhad boleh didapati di semua cawangan MOMOYO di seluruh negara mulai 29 Ogos 2025 sementara stok masih ada.
Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh layari media sosial melalui Instagram @momoyo_malaysia, Facebook MOMOYO Malaysia atau hubungi talian +6014-623 8981. -KOSMO! ONLINE