fbpx
GAMBAR fail pusat tahanan Aligator Alcatraz di Everglades. - AFP

Hakim arah pusat tahanan Aligator Alcatraz ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) hari ini mengarahkan pusat tahanan imigran yang dikenali sebagai ‘Aligator Alcatraz’ di Everglades, negeri Florida ditutup.

Hakim Daerah, Kathleen Williams turut melarang pentadbiran Presiden Donald Trump dan kerajaan negeri Florida membawa mana-mana imigran baharu ke pusat tahanan tersebut.

Keputusan itu dibuat selepas saman difailkan terhadap pentadbiran Trump oleh kumpulan Sahabat Everglades dan Pusat Kepelbagaian Biologi di Florida.

Kerajaan Florida dengan pantas mengumumkan akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.

Pusat tahanan itu dibina dengan tergesa-gesa hanya dalam tempoh lapan hari pada Jun lalu. 

Ia dilengkapi katil dua tingkat, sangkar dawai dan sejumlah khemah putih besar di sebuah lapangan terbang terbiar di kawasan paya Everglades, Florida yang menjadi habitat kepada populasi besar aligator.

Trump, yang berikrar mahu mengusir jutaan pendatang asing tanpa izin, berasa bangga ketika melawat pusat tersebut bulan lalu dan bergurau bahawa pemangsa reptilia akan bertindak sebagai pengawal tahanan.

White House menamakan pusat itu sebagai Aligator Alcatraz. Nama itu merujuk kepada bekas penjara pulau di Teluk San Francisco, Alcatraz.

Menurut Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS, Kristi Noem, pusat itu dirancang untuk menempatkan 3,000 imigran.

Namun, ia mendapat kecaman daripada pencinta alam sekitar dan pengkritik tindakan keras Trump terhadap imigran, yang menganggap kemudahan itu tidak berperikemanusiaan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI