fbpx
TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuantan di Kuantan hari ini.

Guru tari dituduh ‘sentuh’ murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Seorang guru tarian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, bulan lalu.

Tertuduh, Lee Teck Keong, 57, didakwa melakukan perbuatan itu di dalam kelas tarian yang dikelolanya dekat Jalan Haji Ahmad, di sini, kira-kira pukul 3 petang pada 26 Julai lalu.

Mengikut pertuduhan pindaan, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang diwakili peguam Lim Kon Keen memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Timbalan Pendakwa Raya, Anuarul Hakim Abdul Muen, memohon mahkamah tidak membenarkan jaminan kerana tertuduh mempunyai akses kepada ramai pelajar perempuan dan terdapat laporan polis lain melibatkan kes sama.

Bagaimanapun, pihak pembelaan merayu jaminan diberikan dengan alasan tertuduh menanggung isteri serta ibu mentua yang uzur selain tidak mempunyai rekod lampau dan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin iaitu isterinya yang berusia 51 tahun, serta syarat tambahan tidak berhubung dengan mangsa, keluarga atau saksi sepanjang perbicaraan.

Mahkamah menetapkan 30 September depan untuk sebutan semula kes berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI