fbpx
GAMBAR HIASAN

Cuaca cerah seluruh Semenanjung, hujan lebat di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Cuaca cerah pada sebelah pagi ini dilaporkan berlaku seluruh Semenanjung, manakala hujan serta ribut petir dijangka melanda satu daerah di Sabah sehingga pukul 12 tengah hari.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, kawasan yang terkesan ekoran cuaca buruk itu ialah Tawau.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran rubut petir bagi kawasan berkenaan ekoran terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI