fbpx
PELAKON Sweet Qismeena menegiur sikap netizen yang cakap tak serupa bikin berhubung isu buli.

‘Beria-ia sokong ‘no bully’ tapi kutuk orang dalam media sosial’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Sweet Qismina menegur sikap segelintir netizen yang lantang menyokong kempen antibuli atas kematian pelajar tingkatan satu dari Sabah, Zara Qairina Mahathir, tetapi ligat mengecam dan membuli orang lain dalam media sosial. 

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 28, menyifatkan tindakan tersebut sebagai hipokrit selain tidak ubah seperti perbuatan pembuli di sekolah. 

“Adakah kamu sakit? Beria-ia sokong ‘no bully’ (antibuli) terhadap arwah Zara tapi tak berhenti menghukum dan membuli orang dalam media sosial. Saya perhatikan sahaja semuanya. Semakin lama semakin mengarut dan membuat saya muak. 

“Kamu semua yang suka bergosip dan mengutuk orang dalam media sosial, langsung tiada beza dengan pembuli di sekolah. Kamu adalah pendera mental,” katanya dalam Threads. 

Luahan isteri pelakon Adam Lee itu turut mendapat sokongan ramai pengikut dengan rata-rata mereka bersetuju dengan pandangan tersebut.

“Ironinya mereka yang menentang buli, akhirnya menjadi pembuli dalam media sosial,” kata peminat. 

“Orang seperti inilah melahirkan anak-anak kuat buli di sekolah. Darah buli mengalir dalam diri tanpa sedar,” ujar seorang lagi pengikut. 

Menyorot situasi semasa, komen-komen berunsur penghinaan baik secara terang-terangan atau sinikal sering terlihat dalam perkongsian golongan selebriti.

 Antara yang sedang hangat diperdebatkan netizen adalah sindiran terhadap pelakon Datin Intan Najuwa.

Sebelum ini, media melaporkan Zara Qairina, 13, dilaporkan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Kematian remaja itu menarik perhatian ramai kerana dikaitkan dengan buli. Satu inkues akan diadakan pada bulan hadapan bagi mengetahui punca dan sebab kematian remaja perempuan tersebut. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI