PETALING JAYA – LBS Bina Group Berhad (LBS), baru-baru ini memperkenalkan ganjaran eksklusif menerusi kempen ‘Beli Rumah, Tunai Umrah’ yang berlangsung dari 1 Julai hingga 31 Disember 2025.
Kempen tersebut menawarkan pakej umrah bernilai RM100,000 yang bakal menanti 12 pemenang bertuah, khusus untuk pembeli rumah KITA Bestari (Rumah Bandar) dan KITA Sejati di perbandaran KITA @ Cybersouth.
Ia direalisasikan dengan kerjasama Al Hijjrah Vacation Sdn. Bhd., sebuah agensi pelancongan bertauliah yang memiliki pengalaman luas dalam menguruskan perjalanan ibadah umrah.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, melalui kempen ini, pihaknya ingin menjadikan impian memiliki rumah dan menunaikan umrah satu kenyataan buat pelanggan.
“Ia sejajar dengan matlamat LBS untuk menawarkan lebih daripada sekadar kediaman, dan satu gaya hidup yang penuh nilai,” katanya dalam kenyataan.

KITA Bestari menampilkan rumah bandar berkeluasan 1,342 kaki persegi, dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan rekaan moden serta ruang dalaman luas, sesuai untuk keluarga muda.
Sementara itu, KITA Sejati ialah pangsapuri servis mampu milik dengan dua pilihan susun atur iaitu unit berkeluasan 602 kaki persegi (dua bilik tidur, dua bilik air) pada harga bermula RM270,000, serta unit 850 kaki persegi (tiga bilik tidur, dua bilik air) yang dilengkapi perabot bernilai RM30,000 pada harga bermula RM399,800.
Kedua-dua projek berkenaan turut dilengkapi pelbagai kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, gelanggang futsal, surau, dewan serbaguna dan kawalan keselamatan 24 jam.
Lokasinya yang berhampiran Cyberjaya dan Putrajaya serta akses mudah ke lebuh raya utama menjadikannya pilihan strategik bagi golongan profesional. – KOSMO! ONLINE