PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyantuni seramai 40 cendekiawan Indonesia di Masjid Putra, di sini hari ini.
Mereka yang bernaung di bawah Majlis Cendekiawan Madani Malaysia – Indonesia (Malindo Madani) 2025 itu turut menyerahkan Deklarasi Kuala Lumpur Malindo – Madani kepada Anwar.
Dokumen deklarasi itu diserahkan oleh Pengerusi Pusat Dialog dan Kerjasama antara Tamadun Indonesia, Indonesia, Prof. Dr. M. Din Syamsuddin selepas solat Jumaat, hari ini.
Anwar ketika ditemui berkata, beliau menyifatkan deklarasi itu sebagai rangkuman terbaik yang disediakan oleh cendekiawan di kedua-dua negara.
“Ia rangkuman (deklarasi) sangat baik,” katanya.
Sementara itu, Dr. M. Din berkata, pihaknya mendokong prinsip Madani yang di bawa oleh Malaysia oleh Perdana Menteri.
Menurutnya, gagasan Madani ini diharap akan menjadi solusi kepada dunia Islam.
“Maka deklarasi ini saya serahkan kepada Perdana Menteri (Anwar) hari ini,” katanya.
Deklarasi Kuala Lumpur Malindo – Madani mengandungi lima aspek iaitu mengembangkan memanfaat potensi peradaban Melayu -Islam; keseimbangan alam sekitar mengatasi pertumbuhan eksploitasi dan pemulihan keseimbangan psikologi individu dan masyarakat. – KOSMO! ONLINE