PETALING JAYA – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menonton filem Legasi: Bomba The Movie di pawagam malam tadi.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, beliau turut diberi penghormatan untuk menonton filem tersebut bersama baginda.
“Filem memaparkan keberanian dan pengorbanan anggota bomba mempertaruhkan nyawa dan keselamatan diri menyelamatkan insan lain.
“‘First in, Last out’ pegangan setiap anggota bomba. Mereka sentiasa menjadi yang pertama masuk dan yang terakhir keluar kawasan bencana.
“Saya mengesyorkan anda semua menonton filem menarik ini di pawagam,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari
Ka Siong berkata, Legasi: Bomba The Movie turut diselitkan perasaan kasih sayang terhadap keluarga, persahabatan dan rasa tanggungjawab kepada masyarakat.
Tambah beliau, filem tersebut ditayangkan semasa bulan kemerdekaan negara merupakan satu penghormatan kepada wira-wira merah. – KOSMO! ONLINE