fbpx
Gambar hiasan.

Subsidi RON95: Harta, kereta mewah dan pendapatan jadi penentu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pemilikan harta, kenderaan mewah serta pendapatan bulanan akan diambil kira dalam menentukan kelayakan bagi rasionalisasi subsidi RON95.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelayakan penerima subsidi RON95 akan ditentukan berdasarkan pelbagai sumber data, termasuk maklumat pendapatan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Kajian Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

“Langkah ini bagi memastikan pendekatan lebih menyeluruh diambil untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.

“Beberapa kriteria tambahan juga akan dipertimbangkan, termasuk pemilikan harta dan kenderaan mewah, selain pendapatan bulanan, sebelum keputusan muktamad dimuktamadkan dan diumumkan pada akhir September,” katanya dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.

Beliau berkata demikian bagi menjawab Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) mengenai tarikh pelaksanaan rasionalisasi RON95 serta mekanismenya.

Menurut Anwar, kerajaan memberi jaminan sekurang-kurangnya 85 peratus rakyat Malaysia tidak akan terkesan secara langsung dengan langkah itu, sebaliknya hanya bukan warganegara dan golongan berpendapatan tinggi bakal dikecualikan daripada menerima manfaat berkenaan.

Katanya lagi, kerajaan kekal komited untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada separuh kedua tahun 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI