KAMPAR – Seorang penternak kerbau merayu pihak bertanggungjawab supaya dapat melanjutkan tempoh pengosongan dan memberikan alternatif kawasan kandang lain ekoran notis yang diterimanya terlalu singkat untuk sebarang tindakan lanjut. Menurut Nashender Singh Gurdip Singh, 35, notis pengosongan yang diterima daripada Pentadbir Tanah Kinta lima hari lalu terlalu singkat membuatkannya buntu lagi-lagi arahan itu akan tamat pada esok. “Saya merupakan generasi kedua keluarga yang telah menternak lebih 120 ekor kerbau di Tanjung Tualang sejak 25 tahun untuk jualan di seluruh negeri……