PETALING JAYA – Jika dahulu sukar untuk melihat kelibat buaya di sungai-sungai di Pahang dan Negeri Sembilan, namun kini reptilia itu mudah dilihat. Malah, ada buaya yang turut dilihat di kawasan parit dan berjemur di tebing-tebing sungai. Di Kuantan, kelibat sang bedal sering dilihat di Sungai Kuantan, Sungai Belat dan Sungai Soi di sini. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md. Yasin berkata, pihaknya menerima peningkatan laporan penampakan buaya daripada orang awam khususnya di sekitar……