fbpx
Kamarudin (tiga dari kiri) bersama Wan Nor Azilah Dollah atau Kak Lah menunjukkan menu nasi kerabu pada Majlis Pembukaan dan Perasmian Cawangan Kedua Nasi Kerabu Kak Lah di Kampung Kayu Rendang, Melor dekat Kota Bharu, hari ini. Foto ROHANA MOHD. NAWI

Letupan Tak Bai: Tangguh sementara perjalanan ke Selatan Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan menasihatkan orang ramai agar menangguhkan perancangan untuk melancong ke Selatan Thailand buat sementara waktu susulan insiden letupan bom di Tak Bai, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, kejadian letupan bom di Wilayah Selatan Thailand bukan kali pertama berlaku, sebaliknya insiden sama kerap berlaku di kawasan tersebut.

Menurutnya, buat masa ini, keadaan di negara jiran dilihat belum stabil sepenuhnya dan pelancong dari Malaysia khususnya Kelantan diminta agar menangguhkan dahulu pergerakan ke sana.

“Apabila berlaku letupan bom atau kejadian yang tidak diingini, ia boleh diibaratkan seperti amaran kepada pengunjung yang melancong ke Thailand,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pembukaan dan Perasmian Cawangan Kedua Nasi Kerabu Kak Lah di Kampung Kayu Rendang, Melor di sini hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, tiga anggota Pasukan Pertahanan Sukarelawan (OSor) cedera selepas kereta dipasang bom yang menyasarkan pusat pemeriksaan meletup di Kampung Khok Mafueang, Mukim Salamai, Tak Bai dekat Thailand semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI