fbpx
YUSHARIFUDDIN (kanan) menunjukkan sebahagian barang kes yang dirampas daripada suspek cubaan samun, hari ini.

Acu pisau lepas pesan set ayam Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Seorang lelaki yang memiliki 20 rekod jenayah dan dadah diberkas selepas cuba menyamun sebuah kedai ayam goreng di Kampung Padang Melangit, di sini pada 16 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, dalam kejadian pukul 12.07 tengah hari itu, suspek berusia 35 tahun mengacu pisau lipat ke arah seorang pekerja wanita yang berada di kaunter premis.

“Ketika kejadian suspek yang menunggang motosikal memesan satu set ayam goreng Korea berharga RM12 sebelum masuk ke ruang kaunter.

“Lelaki itu meminta wang sambil mengugut mahu menikam mangsa, namun pekerja tersebut menjerit menyebabkan suspek lari,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, malah tiada kerugian dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Katanya, susulan maklumat Op Rentap/Cantas, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kangar, task force dan unit rondaan berjaya mengesan suspek pada pukul 4.45 petang hari sama.

“Semakan mendapati suspek mempunyai 20 rekod jenayah dan narkotik,” katanya- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI