fbpx
TANGKAP layar video seorang budak lelaki menendang perut seorang kanak-kanak dipercayai berlaku di Blok C, Perumahan Molek Ria, Taman Molek, Johor Bahru.

[VIDEO] Empat lawan satu, pembuli tendang macam pengecut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Tular di laman sosial Facebook melibatkan kes buli melibatkan seorang budak lelaki ditendang dalam kejadian dipercayai berlaku di Blok C, Perumahan Molek Ria, Taman Molek di sini.

Menerusi rakaman video televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi satu minit 25 saat yang dikongsikan seorang pengguna laman sosial Doe John semalam, insiden itu dikatakan berlaku kira-kira pukul 2.03 petang, 14 Julai lalu.

Dalam rakaman itu menunjukkan seorang budak lelaki berseluar pendek dan memakai baju merah sedang menunggu ibunya di hadapan lif blok perumahan terbabit.

Tidak lama kemudian, mangsa didatangi sekumpulan empat budak lelaki lain termasuk seorang budak memakai pakaian sekolah agama.

Salah seorang daripada empat budak itu (pembuli) menendang perut mangsa sebelum mereka melarikan diri.

Selang beberapa saat kemudian, ibu mangsa keluar daripada lif sebelum kelihatan mangsa dipercayai mengadu tentang apa yang dialaminya.

Dalam video berkenaan juga mendapati, dipercayai mesej sembang komuniti perumahan tersebut membincangkan kes buli berkenaan.

Berdasarkan cerita ibu mangsa, kejadian buli itu bukan pertama kali malah dipercayai telah beberapa kali berlaku ke atasnya.

Dalam mesej sembang itu juga membincangkan si pembuli melibatkan budak yang sama selain mendakwa jika diberitahu kepada ibu si pembuli, dia akan melenting. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI