PETALING JAYA – Gelagat dua beradik kembar berendam di dalam parit yang dipenuhi tumbuhan air serta bermain dengan gaya ala-ala komando sedang berlatih, mengundang gelak ketawa orang ramai.
Menerusi video dikongsikan ibu kanak-kanak tersebut pada TikTok Atieeee, memperlihatkan dua anak lelakinya sedang bermain di dalam parit di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor.
Dalam video itu, kelihatan dua beradik itu mengambil rumput di dalam air dan meletakkan di atas kepala mereka, seolah-olah beraksi seperti komando.
“Latihan komando pula hari ini,” menurut kapsyen ibu kanak-kanak tersebut.
Orang ramai terhibur dengan gelagat dua beradik tersebut, malah mereka turut meninggalkan komen mengusik mereka yang bakal dimarahi ibu di rumah.
“Yang ada dalam tu tak bahaya dik. Yang bahaya tu, yang menanti kau kat rumah. Kalau perlu pertolongan ‘roger’ kita orang dik. Semoga satu hari nanti betul-betul jadi perwira negara,” komen pengguna TikTok DeeChanteq.
“Binatang kat dalam tu tak bahaya. Yang bahayanya bila adik dah balik rumah, ada ‘singa’ sedia penyangkut baju. Waktu tu bapa kau pun tak boleh tolong,” kata liynnn.
“Selalu yang belakang tu along, angah depan tu. Moga besar nanti jadi pegawai askar ya,” komen arfahmadinah shop.
“Budak-budak macam ni lah bagus pada saya daripada pegang telefon 24 jam,” kata irma. – KOSMO! ONLINE
@yatiejalil Latihan komando pulakkk harini🙃🙃#twins #fyp #7tahun ♬ Dj Komando Latihan Pertempuran (Remastered 2022) – VHOZZ