fbpx
Seorang penjawat awam dibawa pegawai SPRM untuk permohonan reman bagi membantu siasatan berhubung pelaburan dalam LEOD (projek orkid) di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

Ketua penolong pengarah direman terima tajaan perjalanan luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya menahan reman ketua penolong pengarah jabatan kerajaan kerana disyaki meminta suapan dan menerima tajaan membiayai perjalanan ke luar negara daripada beberapa syarikat serta individu.

Perintah reman selama empat hari hingga 23 Ogos terhadap suspek dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkuan 40-an itu telah ditahan kira-kira pukul 6.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Putrajaya.

“Berdasarkan siasatan awal dijalankan, suspek dipercayai telah meminta dan menerima tajaan daripada beberapa syarikat dan individu untuk membiayai perjalanannya ke beberapa destinasi di luar negara sekitar Mac 2023 hingga Januari 2025.

“Ia berhubung Projek Ladang Eskport Orkid Dubai (LEOD) yang dianggarkan bernilai RM125 juta. Tajaan perjalanan yang diterima suspek pula melibatkan nilai lebih RM50,000,” katanya tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI