fbpx
GAMBAR HIASAN

‘Hati-hati dengan wanita yang pilih ‘circle’ kecil…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Berhati-hatilah dengan wanita yang memilih untuk hidup dalam ‘circle’ (kelompok) kecil…”

Itu pesanan seorang individu secara umum mengenai wanita yang memilih untuk ‘hidup’ dalam kelompok kenalan tertentu dan tidak ramai jumlahnya.

Katanya, wanita sedemikian bukanlah sebarangan orang dan berkemampuan untuk ‘mengesan’ aura negatif.

“Dia peka. Masuk je satu ruang, dia dah boleh rasa suasana tegang. Siapa ikhlas, siapa pura-pura. Dia takkan buang masa dengan drama,” katanya di media sosial.

Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian orang ramai yang rata-rata bersetuju dengan kenyataannya itu.

“Setuju sis, sakit bila berhadapan orang toksik. Depan baik, belakang kutuk,” ujar @yiincumel.

“Setuju. Sebab tu circle kita kecil ja. Kita boleh baca aura dan tenaga macam ABC,” komen @imannurdian.

“Saya dah masuk dalam circle tu… ‘turning point’ (titik perubahan),” dedah pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN